Monday, May 3, 2010



Maka tersebutlah kisah tentang gadis-gadis jelita yang pergi ke khursus perkahwinan..
al kisah in bermula ketika seorang penceramah bertanya kepada mereka...

Penceramah:sekarang saya mahu kalian semua bayangkan jika kalian semua sudah berkahwin..ok?

Gadis gadis:ok!!

Penceramah:sekarang saya mahukan kalian bayangkan lagi kamu sedang membuat satu cawan air milo untuk dihidangi kepada suami kalian.. setelah air milo itu siap..kalian pun hidanglah air 2 kepada suami kalian..tetapi suami kalian tidak minum pun air milo tu...hari hari kalian hidangkan air milo itu,akan tetapi suami kalian tidak minum pun air milo tu..apakah perasaan kalian?

Gadis 1:sedih cik..

Gadis 2:marah cik...

Gadis 3:rase nak hentak je cawan 2 kat kepala die..

Gadis 4:saye x buat ape ape pun kat suami saye 2..

Penceramah:??kenape....

Gadis 4:sebab bakal suami saya x minum air milo cik....

setelah mendengar jawapan tadi tu..satu dewan macam nak runtuh sebab gelakkan gadis 2...sekian

KARATE DO



Karate atau karate-do (空手道) merupakan salah satu seni bela diri timur. Pada umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar. Variasi belaan juga adalah lebih kepada kaedah mudah yang mana apabila difikirkan secara mudah, karate adalah satu seni yang ringkas dan lebih berpandukan kepada konsep 'tinju' teratur. Pandangan inilah yang menjadi faktor kesilapan kepada persepsi seni karate itu sendiri.
Aliran Karate

Asas karate adalah sama, namun terdapat berbagai gaya atau aliran karate. Di antara aliran utama karate adalah seperti berikut:

1. Shotokan 2. Shito-Ryu 3. Sholin-Ryu 4. Goju-Ryu 5. Wado-Ryu 6. Shorinji Kempo

Karate juga boleh dikategorikan sebagai aliran tradisional dan aliran moden (sport karate).

Aliran tradisional menumpukan aspek bela diri dan seni tempur manakala aliran moden lebih menumpukan kepada sukan atau pertandingan.

Asas latihan karate terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

1. Kihon. Ia adalah latihan teknik asas karate sepeti menumbuk, menendang, menangkis dan mengelak.

2. Kata. Ia adalah latihan jurus atau bunga karate.

3. Kumite. Ia adalah latihan bela diri atau seni tempur.
Falsafah Di Dalam Karate

1. Musnah bisa ular untuk buang bisa (Konsep serangan dan belaan dalam karate do)

Konsep ini amat popular dalam pengamal karate klasik, dimana ia amat sesuai digunapakai dalam pertarungan satu lawan satu diantara pakar-pakai beladiri. Secara mudahnya, kebanyakan pengamal seni perang akan mempunyai kelebihan samada mata yang cekap dan tajam, tangan (tumbukan) yang laju dan pantas, kaki (tendangan) yang laju dan lincah, kemahiran dalam penggunaan senjata tertentu dan sebarang kelebihan yang ada untuk pertarungan. Konsep ini digunapakai untuk memusnahkan kelebihan-kelebihan ini yang dianggap sebagai bisa. Tangan akan dipatahkan, mata-mata urat diputuskan, kaki dipatahkan, mata dibutakan sebagai melemahkan lawan.


2. Rakka (Bunga yang berguguran)

Ia adalah sebahagian konsep pertahanan Karate. Maksudnya setiap teknik pertahanan perlu dilakukan dengan bertenaga dan mantap sehingga diumpamakan jika teknik itu dikenakan ke atas pokok, maka dengan kekuatan teknik itu, semua bunga dari pokok itu akan jatuh berguguran. Contohnya sekiranya musuh menyerang dengan menumbuk muka lalu pengamal karate membuat tangkisan atas yang kuat hingga menyebabkan tangan yang menumbuk itu patah, maka dengan tangkisan atas itu sudah cukup untuk membela diri tanpa perlu lagi membuat serangan balas.


3. Air dan sutera

Bagi kaedah ini, tumbukan dan belaan adalah bagi kawalan vektor asas yang menyeluruh, tetap dan murni saksama dengan sebarang serangan yang dibuat oleh pihak lawan. Pergerakan yang lembut dan lancar dari mampu dikekang dengan mudah dan harmoni apabila pergerakan yang menyeluruh dan variasi yang lancar dapat dilaksanakan.


4. Mizu No Kokoro (Minda itu seperti air)

Sekiranya air di tasik itu tenang, maka ia boleh memantulkan imej dengan terang. Contohnya pada malam bulan mengambang, kita dapat melihat imej bulan mengambang di tasik yang tenang itu sangat terang dan sama seperti kita mendongak dan melihat bulan di langit. Namun apabila ketenangan tasik itu diganggu seperti dilontar dengan kelikir, maka tasik itu akan menimbulkan riak dan imej yang terbentuk di tasik itu tidak lagi jelas, malah akan kelihatan kabur (distorted). Begitulah juga minda perlu dijaga agar sentiasa tenang agar dapat membela diri dengan lebih cekap. Jika minda dikaburi dengan banyak gangguan fikiran, maka ia tidak mudah untuk bersedia membela diri.


[sunting] Anekdot Karate

Berkenaan Falsafah Karate

Seorang murid baru bertanya kepada guru karate, mana teknik yang paling hebat dan berapa banyak teknik yang perlu dipelajarinya untuk dia menjadi kuat lalu dapat mengalahkan lawan yang lebih besar. Si guru menjawab, sesungguhnya jika seseorang itu mempelajari dan berlatih membuat tumbukan asas karate, 16 jam sehari, selama 16 tahun, maka tumbukan itu tetap berbisa dan dia akan menjadi kuat serta dapat mengalahkan lawan yang lebih besar daripadanya berban
t tumbukan asas karate, 16 jam sehari, selama 16 tahun, maka tumbukan itu tetap berbisa dan dia akan menjadi kuat serta dapat mengalahkan lawan yang lebih besar daripadanya berbanding mempelajari pelbagai gerakan hanya untuk 16 hari sahaja. Sesuatu yang menjadi kebiasaan di dalam diri kita adalah kekuatan kita.



SUMBER DARI:WIKIPEDIA

menantu hantu




Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".


sumber dari:http://www.omaq.org

menteri melawat orang gila


Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa.
"Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?"
"Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.
"Apakah kelakuan kamu baik disini?"

"Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."


sumber dari:http://wartawarga.gunadarma.ac.id

Sunday, May 2, 2010

1,2,3 go!!

huahuaha!!!akhirnya aku berjaya jugak buat dojo yang aku idamkan selama nih!!susah btoi!!pergh!!nasib baik ade mamat kentut busuk(xenre)ni tolong aku...kalu tak..x au la jadi camner dojo aku nih....hahahhaha